Thursday, August 27, 2009

Penyakit bengkak ambing ( mastitis)

salam

Pe kabo rakan2, koi alhamdullilah sihat , walaupun keletihan melayan karenah kambing2 kat kandang.

Koi nak kongsi citer tentang penyakit bengkak ambing nih ngn kwan2 setelah koi alaminye kat kambing koi.rasenye otai2 kambing mmg dah biasa ngn masaalah cam nih. so harap otai2 leh la turunkan ilmu kat kite yg baru2 nih. Apabila berlaku penyakit tu kat kmbg koi , koi pun terus maklumkan kat cik yus (jpv). Kebetulan die xde stok ubat tuk penyakit tu, jadi kami pun terus ke seri kembangan syarikat glovet.selama ni koi tgk blog die jer.Terima kasih pada Dr Zul yg ramah tamah melayan kami disana. banyak ilmu yg dicurahkan. cam x cukup jer mase kat situ.

Koi mmg tanya die habis2an tntg penyakit Bengkak ambing ni. Penyebab die terjadi, camne rawatanye. cara nak hindarkannyer. so kat sini koi nak kongsi ape yg koi paham dari penjelasan Dr Zul..

Yang pertamanye camne leh terjadi penyakit bengkak ambing nih.

1) Anak kambing hisab susu sebelah jer, so susu yg sebelah lagi terkumpul jadi beku, cara nak atasinye kite kena perah susu yg anak x hisab tu. sampai laa anak tu dah boleh hisab.

2) Ibu x bagi anak hisab susu, munkin kerana luka atau sakit. kena cek la tengok ape masaallah die.

3) kandang kotor, yg ni tuan kena rajin cuci laa... hahaha

Tanda2 awal serangan penyakit ni, Ibu jadi resah, die x bagi anak menyusu, ambing die panas, bengkak. cek laa ibu kambing tu cepat2. kalau kite sempat bertindak awal insyaallah boleh diubati.bagi yg dah kena penyakit bengkak ambing nih ade rawatan di dlm blog glovet. boleh laa tgk kat sane.

Cuma dalam masaallah koi, Dr Zul cakap dah tahap kritikal. ambing die dah keras. mmg kompem rosak. cuma boleh di ubat supaya ibu kambing boleh sihat balik dan x berjangkit ker sebelah lagi. Koi di suruh injet FDNP dan NOVA VITAVET supaya ambing die kembali lembut dan tenaga tuk ibu.. pas tu masukkan MASTALONE BLUE kedalam ambing kmbg tersebut. ubat ni warna biru. Dan perah ambing yg bengkak sehingga hilang warna biru ubat tu dari ambing tersebut.

Dalam masaallah Koi ni rasenye berpunca dari kandang yg kotor. mmg x sempat nk bersih kandang nih. byk wat kje lain. xpe laa semoga menjadi pengajaran kepada kite semua. Perhatian amat penting dalam penternakan kambing ni. bukan setakat bagi makan dan minum jer. kalau kurang perhatian memang x sedar kambing kite dah diserang penyakit. bila dah sedar penyakit dah tahap kritikal. susah untuk diubati.

ok laa setakat ni je koi nak kongsi. semoga kite sama2 dapat manafaat dari pengalaman Koi nih. salam

3 comments:

  1. dR Backbone is GOOD for your spine

    (dR. backbone is the most inexpensive branded lumbar support)

    This product was invented from the research of the bad posture problem that leads to negative effect or impact to all individual. The factors contributing the bad posture are:

    * Osteoporosis (especially for women)
    * Stress
    * Migraine
    * Poor eye sighted
    * Mental disorder
    * Poor sex ability
    * Low stamina
    * Tired
    * Angriness
    * Mental block
    * Backpain

    Link http://drbackbone2.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.. Dkt mn nk beli ubat mastitis. Boleh share tak. 0165767324

    ReplyDelete

Contact Us

Saifudin ( Mr Koi ) 019-9878753
Azman 010 9292882