Saturday, March 28, 2009

seminar

salam..

pe kaboo rakan2 semua ? kambing, lembu sihat ker ujan2 nih?
koi baru2 nih pi seminar kat putrajaya di bawah tac kuantan seramai 5 orang , kat situ berkumpul para penternak dan para trading seluruh malaysia kot.. ramai ler org yg dtg. yg bagi ceramah pulok adelah terdiri dari penternak dan trader yang berjaya... boleh laa wat semangat dgn mendengar kejayaan2 org lain. Iyer laa kalau dok kat kandang kite je, lesu minda. kena gak suntik sekali sekala. tima kasih cik yusri kerana menjemput koi hadir sama dalam seminar tu.. allah je laa yg dpt membalas jasa baik tuan.. tima kasih daun keladi tu, len kali ajak laa lagi. ahak...
kat sini sempat gak kite org berposing semasa dok berlegar2 tu


Peserta dari kuantan bersama pegawai tac kuantan Encik yusri



koi ngn Encik yusri..

bos jangan marah noo koi tempek pic kat sini..

koi ni kalau berjalan rase cam x sempurna kalau x dapat tengok kandang org..so dalam perjalanan balik sempat la melawat sebuah kandang kat kg sg 2 Bentong. Kandang kepunyaan Encik ABDUL RAZAK ABDUL AZIZ. mase pergi tu x jumpa tuan kandang. Untung adik die ade kat kandang, sedang bersiap-siap nk pi amik rumput yg telah siap dipotong... sempat laa jugak curi masa dia kejap tengok2 kambing kat dalam kandang tu. Kambing yg diternak dari jenis boer dan kalahari.. menurut adik beliau, mereka bersedia menjual kambing-kambing muda untuk pembiakan. koi tengok pun dah banyak anak kelahiran baru kat kandang tu.

ni haa diantara pic2 yg sempat di ambil.. layannn....



koi ngn din ( pancing timur) depan kndg sg2


Induk kalahari ngah tngu makanan..



Dara boer pun lapoo tu...

Induk boer..
okeh... itu lah saje coretan koi setakat nih len kali kite bersua lagi.. salammm

Tapak Kandang Baru Kami..

Tanah kawasan kandang siap diratakan.

Sedang mendirikan tiang kandang. :)

Abg Nan dok senyum melihat tapak kandang barunye dah siap....






Sunday, March 22, 2009

kandang baru

salam....

Baru jer nak berjinak2 ngn menulis blog nih , so mmg blum link kan kemane2 lagi.. tgk blog kawan2 penternak seronok jer... banyak maklumat2 yg dapat dimanfaatkan bersama... semoga maju jaya semua kawan2 yg banyak mencurah ilmu secara free nih.. Allah laa yg akan membalas jasa baik mu .. amin..

Alhamdulillah,hilang segala penat berternak bila dapat menjual hasil ternakan yang dijaga.
Musim cuti sekolah ni laju juga kambing untuk Aqiqah...dapat la modal beli dedak yang semakin mahal sekarang ni..InsyaAllah dah siap kandang nanti bolehlah ambil kambing Aqiqah banyak sikit.Sekarang ni kandang kecil, jadi tak muat nak simpan banyak2.

kandang baru x tau lagi bila boleh teruskan binaan , sekarang tunggu kayu. mengikut kata tokey kayu insyaAllah akhir bulan ni dapat anto separuh.. so boleh lah mulakan dulu mane yang ade. sekarang nih cuma tapak jer baru siap mintak laa dapat siapkan sebelum julai.. sebab dah banyak yg pregnant, Dijangka bulan julai ni banyak kelahiran baru..

Ada masa nanti saya upload gambo tapak kandang baru yg sempat diambil.....
kena kuar dulu .. nanti sambung..salam...

Wednesday, March 18, 2009

Bagi makan kambing


En. Denan sedang bagi kambing-kambing beliau makan...

Tuesday, March 17, 2009

Yang sempat dirakam semasa kursus

Untuk tatapan bersama, bagaimana cara untuk merawat luka kambing




Lembu di ladang sawit


kasi kicap dulu supaya x meronta nak bagi ubat... huhuhu

Monday, March 16, 2009

Gambar




Kambing-kambing berada didalam kandang..





Saturday, March 14, 2009

Bukit Kuantan Farm Blog.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat Blog ini , diharapkan kewujudan blog ini dapat kita sama-sama berkongsi maklumat dalam bidang ternakan dan dapat melancarkan pengurusan perniagaan ternakan kami disamping memajukan lagi bidang ternakan di Malaysia...

Kami di Bukit Kuantan Farm lebih menjuruskan kepada pembiakan ternakan seperti kambing, biri-biri dan lembu untuk menampung kekurangan bekalan disekitar kawasan kami.InsyaALLAH, dengan adanya Bukit Kuantan Farm kami harapkan dapat menampung kekurangan bekalan ternakan di kawasan kami khususnya dan di Malaysia amnya...

Contact Us

Saifudin ( Mr Koi ) 019-9878753
Azman 010 9292882